fbpx

Penumpang tanggal stokin, lunjur kaki dalam komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penumpang melunjurkan kakinya di atas sebuah bangku di dalam komuter di Sydney baru-baru ini. - Foto TikTok

SYDNEY – Seorang penumpang komuter lelaki dikritik kerana dia menanggalkan kasut dan stoking serta melunjurkan kakinya di atas bangku yang terletak di Sydney baru-baru ini. 

Video rakaman perbuatan lelaki itu dirakamkan menerusi video dan dimuat naik di media sosial, TikTok pada Ahad lalu. 

Meletakkan kaki di tempat duduk di kereta api di wilayah New South Wales adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman. 

Pesalah yang melakukan kejadian itu boleh dikenakan denda jika pelakunya ditangkap. 

Seorang wanita menulis dan menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan wanita tersebut di TikTok. 

Video perbuatan lelaki itu telah ditonton lebih 40,000 tontonan. 

Berjuta-juta penduduk Sydney menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dan seorang penduduk yang bosan telah mempersoalkan ke mana perginya ‘etika’ mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas. 

Berpuluh-puluh yang lain bersuara mendedahkan keluhan terbesar mereka termasuk mereka yang mendengar muzik dengan kuat dan sampah yang ditinggalkan dalan pengangkutan awan. 

“Apa yang berlaku dengan etika pengangkutan awam Sydney” soal seorang pengguna Reddit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI