fbpx

Pemandu kereta nyaris maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok anggaran ketinggian 20 kaki tumbang di Jalan P1 Kawasan Perindustrian Bangi-Sungai Meran, di sini, pagi tadi.

Bangi – Seorang pemandu berusia 38 tahun nyaris maut apabila sebatang pokok ketinggian 20 kaki tumbang menghempap bahagian depan keretanya di Jalan P1 Kawasan Perindustrian Bangi-Sungai Merab, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.20 pagi tadi.

Jelas Norazam, seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebatang pokok anggaran ketinggian 20 kaki tumbang meghalang jalan dan menghempap bahagian depan sebuah kereta yang dipandu lelaki warga tempatan.

“Turut terlibat dalam kejadian sama, lelaki berusia 33 tahun yang juga penunggang motosikal dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar pokok tumbang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, dua mangsa terbabit difahamkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, bomba bertugas bertindak memotong sisa pokok tersebut dan mengalihkan ke tempat yang selamat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI