fbpx

Pegawai kemas pejabat menteri tiga minggu sebelum PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Beberapa pegawai kepada menteri dalam kerajaan terdahulu mengakui sudah mengemas pejabat masing-masing sejak beberapa minggu lalu iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada Sabtu.

Tindakan itu dilakukan sebagai persediaan awal memandangkan status untuk terus berkhidmat di pejabat kementerian selepas PRU15 masih belum diketahui dan hanya ditentukan selepas pembentukan kerajaan baharu.

Seorang pegawai kepada salah seorang menteri berkata, pihaknya sudah mengemas ruang pejabat mereka sejak beberapa minggu lalu sebagai persediaan awal sekiranya tidak dapat bertugas lagi.

“Ramai sudah berkemas beberapa minggu sebelum PRU15, sama seperti saya juga,” katanya ringkas kepada Kosmo! di sini tadi.

Secara kebiasaan, tugas pegawai-pegawai terbabit akan kekal di Putrajaya sekiranya menteri dijaga mereka kekal menjadi Kabinet kerajaan selepas PRU15.

Jika sebaliknya, ada daripada mereka perlu mengundur diri atau berkhidmat bersama kementerian lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI