fbpx

Pas tidak akan ‘ganggu’ kebebasan beragama, adat resam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PETALING JAYA – Pas menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu akan menggunakan kedudukan yang lebih dalam kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang menekan mana-mana pihak.

Tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya akan menghormati kehidupan rakyat yang mengamalkan adat resam dan kepelbagaian agama terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Pas telah membuktikan perkara ini setelah menunjukkan keterbukaan termasuk menjamin hak rakyat pelbagai kaum dan agama dalam pemerintahan yang diterajui oleh parti itu di Kelantan lebih dari 30 tahun.

“Pas sentiasa menghormati kepelbagaian dan kemajmukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, adat resam dan agama dan mengakui hak dan kebebasan mereka mengamalkan cara hidup masing-masing berdasarkan jaminan Perlembagaan Persekutuan.

“Malahan Pas amat tegas dalam mematuhi prinsip Islam iaitu ‘tiada paksaan dalam beragama’ dengan mana tidak boleh dipaksa seseorang bukan Islam untuk menganut Islam melainkan atas kerelaan dan kefahaman mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Takiyuddin , Pas turut memberi jaminan akan terus mengamalkan konsep musyawarah dan perbincangan dengan semua rakan kongsi dalam kerajaan meskipun mempunyai jumlah kerusi terbesar di kalangan parti yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan kelak.

Katanya, perkara ini telah dibuktikan semasa penyertaan Pas dalam Kerajaan Persekutuan selama 31 bulan sebelum ini di mana PAS sentiasa akur kepada segala keputusan bersama (collective decision) sama ada di dalam Jemaah Kabinet mahupun di peringkat kementerian dan agensi kerajaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI