fbpx

NASA optimis manusia dapat hidup di Bulan pada dekad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANUSIA dijangka tinggal di Bulan sebelum 2030. - Getty

WASHINGTON – Ketua program Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menjangkakan manusia mampu membina kehidupan dan bekerja di Bulan ‘dalam dekad ini’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian terkini membayangkan terdapat rizab ais yang besar, tersembunyi di dalam kawah gelap di kutub selatan Bulan. 

Jika penemuan itu berjaya disahkan, NASA akan mampu membina kilang membuat bahan api roket untuk membawa angkasawan ke Planet Marikh dan seterusnya jauh ke angkasa lepas.

Howard Hu yang mengetuai program kapal angkasa Orion berkata, matlamat utama seterusnya adalah untuk menubuhkan pangkalan kekal di Bulan.

Stesen angkasa lepas yang mengorbit Bulan dipanggil Lunar Gateway pula akan dibina berhampiran pangkalan itu. Ia akan menjadi stesen pengisian bahan api untuk misi ke Marikh, Musytari dan planet seterusnya.

“Kami akan menghantar manusia ke permukaan Bulan dan mereka akan hidup di sana serta melakukan penyelidikan.

“Misi Artemis (pendaratan angkasawan ke Bulan) membolehkan kami mempunyai platform dan sistem pengangkutan yang mampan serta mempelajari cara beroperasi dalam persekitaran angkasa lepas,” kata Hu.

Menurutnya, pelancaran misi Artemis yang membawa kapal angkasa Orion pada Rabu lalu adalah ‘hari bersejarah untuk penerbangan angkasa lepas oleh manusia’.

“Kita akan kembali ke Bulan. Kita sedang berusaha ke arah program yang mampan dan ini adalah kenderaan yang akan membawa manusia kembali ke Bulan,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI