fbpx

Menteri Besar Perlis baharu angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri.

KANGAR – Menteri Besar Perlis yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau pada petang esok.

Menurut sumber dalaman Perikatan Nasional (PN) negeri, majlis angkat sumpah itu dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang.

“Watikah pelantikan itu telah dihantar oleh pemimpin kanan PN kepada pihak istana pada semalam dan hanya satu sahaja nama calon dari parti Pas diserahkan.

“Tiga pemimpin kanan yang menghantar watikah itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli disebut antara calon Menteri Besar Perlis bagi menggantikan Datuk Seri Azlan Man.

Mohd. Shukri, 66, yang sebelum ini merupakan seorang guru dari 1985 hingga 2013 merupakan seorang pemimpin yang sangat dihormati berikutan sifatnya yang mesra dan berjiwa rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN