fbpx

Mana Rafizi menghilang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perjumpaan antara barisan pimpinan BN dan PH.

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli digesa untuk melontarkan pandangan terhadap situasi politik ketika ini ekoran Ahli Parlimen Pandan itu membisu sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan Sabtu lalu.

Kali terakhir Rafizi memuat naik hantaran di Twitter ialah pada 19 November lalu.

Rata-rata penyokong beliau mendesak supaya Rafizi menetapkan pendirian dan hairan mengapa ahli politik itu berdiam diri.

Walau bagaimanapun, Rafizi dilihat hadir menyertai perbincangan antara beberapa barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan berlansung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI