BIARPUN memiliki populariti tinggi pada tahun ini, namun kegiatan dan aktiviti kumpulan Aespa sedikit sebanyak mengecewakan peminat.
Hal ini kerana, ada peminat yang menyuarakan kekecewaan kerana mendakwa kumpulan itu kurang aktif dan hanya melakukan persembahan empat kali sepanjang tahun ini.
Bahkan peminat juga meluahkan rasa hairan mengapa kumpulan itu tidak memiliki saluran YouTube rasmi selepas hampir dua tahun debut dalam industri.
Peminat berkata, YouTube boleh menghilangkan kerinduan mereka yang selalu mahu mengambil tahu perkembangan kumpulan itu.
Justeru, ramai peminat meluahkan rasa kecewa terhadap Aespa.
“Ini merupakan isu serius kerana mereka hanya empat kali mengadakan persembahan sepanjang tahun ini.
“Mereka juga jarang memuat naik belakang tabir pembikinan muzik atau video latihan tarian.
“Saya sangat berharap untuk melihat Aespa lebih aktif pada tahun hadapan,” luah seorang peminat.