PETALING JAYA – Situasi politik yang mendebarkan ketika ini menyebabkan netizen menularkan semula sebahagian adegan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menunjukkan dialog Kapten Syers lakonan Geoff Andre Feyaerts yang menyelar orang Melayu.
“Kamu tengok depan mata kamu sendiri. Orang Melayu tak akan dapat halau orang Inggeris. Kerana bangsa kamu adalah bangsa yang berpecah belah.
“Kamu tak pernah bersatu. Itulah sebabnya awak lemah. Orang kamu belot kepada kamu sendiri. Orang Melayu sangat mudah dibeli. Sebab itu bangsa kamu akan sentiasa dijajah,” kata watak Kapten Syers itu.
Klip video itu kemudian disusuli dengan dialog watak Toga lakonan Yayan Ruhian yang menyatakan: “Kerana perpaduan mereka adalah senjata utama orang Melayu yang paling hebat” sebelum disanggah Kapten Syers.
“Mereka tak akan bersatu sampai bila-bila. Orang Melayu bangsa yang pentingkan diri dan penuh dengan hasad dengki sesama mereka. Sebab itu mereka mudah dijajah dan dipijak,” katanya. – KOSMO! ONLINE