fbpx

Hujan lebat di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu melibatkan keseluruhan negeri Pulau Pinang dan Melaka manakala di Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Di Kedah kawasan terlibat adalah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu sementara di Perak hujan lebat di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Ribut petir diramalkan turut berlaku di Selangor iaitu di Sabak Bernam dan Hulu Selangor manakala di Pahang hanya di Tanah Tinggi Cameron,” katanya.

Selain itu katanya, Sarawak dan Sabah turut dijangkakan menerima hujan lebat dan angin kencang.

“Di Sarawak membabitkan Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) sementara di Sabah, hujan lebat dijangkakan berlaku di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI