fbpx

Hentikan berbalah, tunjuk siapa kuasa – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Kepimpinan Barisan Nasional (BN) perlu duduk bersama-sama dan memikirkan masa depan serta hala tuju negara ketika ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan rakyat berpecah.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketegangan dan perpecahan yang berlaku ketika ini perlu diredakan dengan pemimpin fokus mengutamakan kepentingan rakyat selain memikirkan semula ke arah negara yang lebih stabil.

“21 juta pengundi, rakyat telah bersuara, keputusannya menunjukkan Malaysia berpecah. Ada persahabatan yang terputus sepanjang kempen.

“Ada masa untuk kita berpolitik, berbahas, berbalah, berebut. There is a time for this but it is not now (ada masanya berpolitik tetapi bukan sekarang). Kini tiba masanya kita duduk dan benar-benar memikirkan masa depan negara.

Tangkap layar status Facebook Najib.

“What do we want (Apa yang kita mahukan) Malaysia? Ke mana kita? Apakah masa depan dan hala tuju yang kita mahukan? Untuk Malaysia, untuk anak-anak Malaysia.” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut mengajak semua pemimpin dan rakyat mengetepikan isu perbalahan politik sebaliknya bersatu hati membina semula negara.

“Ada keluarga yang bertengkar sesama diri, ibu bapa dengan anak-anak, anak saudara dengan pak cik mak cik, kawan baik berpuluh tahun kini tidak bercakap. Jangan, hentikanlah. Please stop it (tolong hentikan), bersama semula sebagai sahabat dan keluarga.

“Come together again (mari bersama semula), as friends and family (sebagai kawan dan keluarga)..kita 1Malaysia. We are all (kita semua) 1Malaysia, isu politik juga tolonglah ketepikan dulu, nak bina parti nak kukuhkan kawasan nak fikir PRU16 semua letak tepi dulu siapa lebih power (hebat),” jelasnya.

Hari ini pelbagai spekulasi yang timbul menyatakan terdapat perpecahan berlaku di antara Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan terhadap dua blok berasingan iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI