fbpx

Harimau betina ‘berkabung’ kematian anak di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau betina 'berkabung' kematian dua anak haiwan itu di Wisconsin baru-baru ini. - Foto Facebook/Shalom Wildlife Sactuary

MILWAUKEE – Satu rakaman video yang menyayat hati menunjukkan seekor ibu harimau berwarna putih berkabung selepas dua ekor anaknya yang berusia empat bulan terjatuh ke dalam kolam berais dan lemas di sebuah tempat perlindungan haiwan di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS). 

Harimau itu yang bernama Ginger didapati ‘mengerang’ oleh kakitangan-kakitangan pusat tersebut pada awal pagi Sabtu lalu selepas menyedari bahawa ia telah kehilangan dua anaknya iaitu Nina dan Khan. 

Bagaimanapun, video yang menunjukkan ia ‘mengerang’ tidak dikongsikan oleh pusat perlindungan haiwan tersebut.

Pihak Zoo Hidupan Liar Shalom kemudiannya berkongsi video gelagat harimau betina tersebut di Facebook dengan kepalanya dibenamkan di kaki depannya di dalam kandang. 

Salah satu daripada dua ekor anak Ginger yang masih hidup bermain-main dalam cubaan untuk menggembirakannya. 

Bagaimanapun, ia tetapi tetap berputus asa. 

Dua daripada anak harimau yang lain iaitu Charlotte dan King ditemui selamat. 

Ginger telah melahirkan keempat-empat anaknya pada bulan Ogos lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI