fbpx

Hampir semua Ahli Parlimen BN tiba di Seri Pacific

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hassan (kiri) dan Ismail Sabri ketika tiba di Hotel Seri Pacific sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Hampir semua 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang berkumpul di Hotel Seri Pacific dekat sini.

Antara yang sudah kelihatan adalah, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Manakala Ahli Parlimen lain yang turut kelihatan termasuk Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebelum itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong PKR, Datuk Seri Saifudin Nasation turut kelihatan.

Menurut, Wee Ka Siong, mereka berada di sini selepas mendapat arahan untuk berkumpul dan maklumat lanjut masih belum diketahui.

“Kami diarahkan untuk bertemu di sini, itu sahaja setakat ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

[berita lanjut menyusul]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI