PETALING JAYA – Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunting rambutnya semalam mengundang teka-teki orang ramai bahawa beliau akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya semalam, Anwar memaklumkan baru ada berkesempatan memotong rambutnya di sebuah kedai gunting rambut di Kajang selepas terlalu sibuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
“Sempat singgah potong rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sungai Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri,” katanya.
Hantaran berkenaan turut mendapat reaksi netizen rata-rata menyatakan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akhirnya tercapai pada pilihan raya kali ini.
Kata Rina, potong rambut siap-siap Datuk Seri, tidak kalut nanti.
“Siap-sedia awal-awal baru tak kalut.” jelasnya.
“Terbaik DSAI. Potong rambut kemas-kemas. Esok nak pergi menghadap,” ujar Mohd Irfan.
“Relax la…nak menghadap agong kena hensem.. potong rambut dulu bossku…mantap DSAI,” kata Qaireen Yakin. – KOSMO! ONLINE