fbpx

Bonus penjawat awam di P. Pinang Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seramai 3,920 penjawat awam di negeri ini sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 Disember ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian ini bagi menghargai sumbangan penjawat awam dan meningkatkan semangat mereka untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Kerajaan negeri meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada akhir tahun bersamaan setengah bulan gaji kakitangan awam atau minimum RM1, 200.

“Bayaran BKK ini melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta.

“Semua pembayaran BKK dan geran ini akan dibuat pada Disember 2022,” ujarnya ketika membentangkan Bajet 2023 Negeri Pulau Pinang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI