fbpx

Berbaju kurung, pegang rokok, Sharifah Sakinah digelar Gangubai Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ Sharifah Sakinah yang berbaju kurung dan memakai selendang sambil memegang sebatang rokok disamakan netizen seperti watak ibu ayam dalam filem Gangubai Kathiawadi.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi menuai bualan netizen gara-gara memuat naik foto dia memakai baju kurung sambil memegang sebatang rokok.

Baju kurung sulam berwarna putih yang dipakai dengan kain pelikat serta gelang kaki mutiara berwarna putih membuatkan ramai menyamakan imej Sakinah seperti watak pelacur dan ibu ayam dalam filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi.

Dalam perkongsian tersebut, Sakinah, 33, menyuarakan pendapatnya tentang pembentukan kerajaan baharu dan harapan terhadap pemimpin yang akan mentadbir negara selepas ini.

“Mana-mana gabungan yang diputuskan hari ini, saya berharap akan muncul seorang pemimpin dalam kalangan mereka yang boleh memimpin dan melakukan apa yang betul untuk kita.

“Orang yang boleh berempati dan memahami perjuangan setiap hari hingga kesusahan sebenar menjadi seorang wanita,” tulisnya.

Foto Sakinah menarik perhatian ramai kalangan rakan artis dan peminat memuji karisma pelakon itu yang kelihatan ‘segak’ tidak ubah persis watak Gangubai lakonan aktres Alia Bhatt.

“Sharifah ganggukinah,” usik pelakon Nabila Huda.

Gambar tersebut dirakam ketika dia menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya iaitu anak perempuan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang berlangsung minggu lalu.

Biarpun begitu, perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata itu tetap mengundang reaksi negatif daripada netizen yang berpendapat imej tersebut tidak sesuai digayakan wanita sepertinya.

Tegur netizen, sebagai ibu dan wanita, tindakan Sakinah memegang sebatang rokok adalah perbuatan yang tidak sopan.

“Imej yang tak sesuai buat wanita yang pakai baju kurung memegang sebatang rokok. Sedangkan imej wanita Melayu yang berbaju kurung adalah sangat terhormat,” komen seorang netizen.

“Dipersembahkan sebagai seorang ibu. Imej ini tak sesuai untuk anak awak. Tak sopan, maaf,” tegur seorang netizen lain.

Bagaimanapun, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak membalas segala komen netizen yang menegur imejnya.

Sebelum ini, Sakinah kerap kali menjadi sasaran netizen gara-gara gemar berkongsi fotonya memakai pakaian seksi dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI