PETALING JAYA – Menjelang pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang masih menjadi tanda tanya, pelakon Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila mengumumkan ‘pembentukan kerajaan’ dengan mencari ‘Timbalan Perdana Menteri’ (TPM) sendiri dalam hidupnya.
Sama ada berseloroh atau dalam nada sinikal, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, berseloroh namun dirinya sedang mencari teman yang berpotensi dijadikan isteri.
“Saya nak bina kerajaan sendiri. Looking for TPM (sedang cari Timbalan Perdana Menteri – calon isteri).
“Kalau boleh seorang wanita yang selalu ke gimnasium, pandai masak dan boleh ketawakan lawak-lawak lame (membosankan) saya,” ciapnya menerusi Twitter.
Pada ciapan sama, hero drama rantaian, Sweet Dreams itu turut mengharapkan bakal isterinya memilikin naluri keibuan yang sangat kuat.
“Punya naluri keibuan, jadikan saya seorang manusia yang lebih baik dan juga seorang wanita ‘baddie’ (nakal),” coretnya lagi.
Ciapan Ben rata-ratanya mendapat respons nakal daripada peminat wanita yang rata-rata mahu dipilih sebagai calon ‘TPM’ di hati Ben.
Hari ini, satu Malaysia masih menantikan pengumuman siapa bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sekali gus membentuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada penggal Parlimen Ke-15. – KOSMO! ONLINE