fbpx

Bekas ADUN paling lama Seberang Takir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid.

KUALA NERUS – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Abdul Rashid Ngah, meninggal dunia malam tadi pada usia 85 tahun.

Menurut adik iparnya, Mohd. Shapian Ali, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga terdekat di Hospital Kajang, Selangor kira-kira pukul 10.15 malam.

Katanya, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada pukul 11 pagi.

“Tahap kesihatan arwah agak merosot kebelakangan ini dan telah dimasukkan ke Hospital Kajang sejak hampir seminggu lalu akibat sakit jantung dan sakit tua.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat keluarga kami kerana sifat kasih sayangnya terhadap kami semua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Shapian berkata. walaupun tidak berapa sihat, arwah Abdul Rashid tetap aktif menulis buku dan novel bergenre kenegaraan serta politik namun tidak sempat diterbitkan sehingga kini.

Allahyarham Abdul Rashid merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di Seberang Takir selama 30 tahun sejak 1974 sebelum mengumumkan persaraan dari arena politik pada 2004.

Bekas guru itu terkenal sebagai pengarang dan penulis novel antaranya ‘Di Bawah Alunan Ombak’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI