fbpx

Azeem dapat ‘layanan istimewa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM hanya menunggu masa untuk berlepas ke bumi AS selepas permohonan visanya ke negara itu telah pun diluluskan minggu lalu.

TIADA kerisauan besar buat raja pecut Malaysia, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan kehidupan baharu apabila berada di Universiti Auburn tahun depan.

Azeem, 18, menjelaskan, universiti yang berpangkalan di Alabama, Amerika Syarikat (AS) itu telah memberikan jaminan mengenai beberapa perkara sebelum ‘terbang’ ke sana pada minggu pertama Januari 2023.

Pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu mendedahkan, antara perkara utama dibincangkan adalah mengenai penye­diaan makanan halal.

“Saya dah tanya pihak universiti, pelajar dari Asia ada tetapi tak ramai. Jadi kalau ikutkan memang saya seorang sahaja dari Malaysia di sana.

“Memang susah sebab komuniti Islam yang betul-betul ada dekat Texas tetapi saya lagi tertarik dengan Auburn. Sebabnya jurulatih (Ken Harnden) ambil berat pasal saya.

“Dia juga prihatin dengan agama saya, bab makanan pun sama. Bila bincang dengan pakar nutrisi universiti, mereka memang akan sediakan makanan halal yang tak mengandungi wain.

“Pihak sana juga ada berta­nyakan saya pasal Ramadan. Saya terus rasa okey dan yakin dengan pilihan universiti ini,” kata pelari pecut dari Perak itu.

Azeem kini hanya menunggu masa untuk berlepas ke bumi AS selepas permohonan visanya ke negara itu telah pun diluluskan minggu lalu.

Anak didik Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah itu dijangka menyertai satu kejohanan domestik di Sabah bulan depan bagi mendapatkan angin dan rentak sebelum berlepas ke AS tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI