fbpx

‘Tidak semua kedai makan di Langkawi cekik darah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Mutalib menjual roti canai kosong dengan harga RM1.20 sekeping di TRC Roti Canai & Murtabak di Jalan Penarak, Langkawi.

LANGKAWI – Isu makanan yang dijual dengan harga mahal di Langkawi sudah beberapa kali tular di media sosial, sedangkan masih banyak pilihan kedai makan yang sedap dengan harga lebih berpatutan.

Tinjauan di beberapa kedai makan di sini mendapati, keba­nyakan kedai yang menawarkan harga berpatutan dipenuhi pe­ngunjung walaupun tidak tular di media sosial.

Antara harga ditawarakan adalah hidangan set untuk dua orang iaitu seekor ikan siakap 600 gram (g), tomyam ayam, kangkung belacan, telur dadar serta nasi putih hanya RM49.

Terdapat juga nasi goreng seafood dengan harga RM10, roti canai kosong RM1.20 seke­ping dan chicken chop hanya RM15.50.

Seorang peniaga roti canai di pekan Kuah, Abdul Mutalib Abdul Hamid, 52, berkata, beberapa kedai yang pernah ditularkan mahal di sini adalah kerana cara pesanan yang dibuat pelanggan.

“Sebelum ini beberapa kali tular roti canai kosong dengan harga sehingga RM5 sekeping, sedangkan sebenarnya pelanggan tersebut ada memesan lauk untuk dimakan bersama roti canai tersebut.

“Tambahan pula semua kedai pasti mempamerkan menu dengan harga kerana jika tiada harga pastinya KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna) akan mengambil tindakan kepada kedai tersebut,” katanya kepada ­Kosmo! baru-baru ini.

Bagi Pengurus Besar The Edge Arena yang menghidangkan makanan ala barat di Jalan Pantai Chenang, Wan Mohd. Farhan Wan Abd. Hamid, 36, harga makanan yang dijual di Langkawi tidak banyak berbeza dengan harga di luar.

“Kebanyakan pelancong dari Kuala Lumpur yang datang makan di kedai akan puji kata kami jual harga yang murah.

“Sedangkan kos barangan di Langkawi adalah lebih mahal berbanding di luar kerana kami perlu membayar kos pengangkutan yang lebih banyak kerana merentas laut,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI