fbpx

Tanda kertas undi sambil silang kaki, ‘tenggek’ atas meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemuda kelihatan santai dan mengambil masa yg lama untuk membuang undi.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang kelihatan santai dan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi telah meraih perhatian orang ramai.

Video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @eypul0308 memaparkan gelagat seorang pemuda yang mengambil masa yang lama dan kelihatan begitu santai menyilangkan kaki sambil ‘bertenggek’ atas meja undi.

Susulan video itu telah tular, majoriti besar orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi di ruangan komen termasuklah rasa geli hati melihat gelagat anak muda tersebut.

“Lawak sungguh budak ni, ini mesti sepuluh penjuru, kita yang lima penjuru pun tidak sempat tengok semua, tanda yang terbenam dekat kepala sahaja,” komen seorang pengguna TikTok.

“Dia itu tengah memangkah ke ataupun sedang berborak dengan kertas undi? Macam-macam gelagat ye,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Selesa betul kamu sampai silang kaki, barangkali semalam tidak ulang kaji, hari ini peperiksaan tidak tahu mahu jawab apa,” seloroh pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa mungkin ini adalah kali pertama mengundi bagi pemuda tersebut sehingga mengambil masa yang terlalu lama bagi menentukan masa depan negara.

“Ini mengundi kali pertama agaknya, aku pun sama juga dahulu, baca dari atas ke bawah, tengok kiri ke kanan kertas yang ada di depan mata supaya tidak membuat kesalahan yang menyebabkan undi rosak,” komen pengguna TikTok itu.

“Mungkin dia sedang berfikir bersungguh-sungguh, ayah suruh pilih parti ini, emak suruh pilih parti lain, keliru dibuatnya, itu yang lama sangat takut derhaka kepada ibu bapa katanya,” usik pengguna TikTok di ruangan komen.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 3 juta tontonan, 301,000 tanda suka dengan 28,600 perkongsian dan dihujani oleh pelbagai komen oleh orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI