fbpx

Tanah runtuh: Laluan Durian Daun-Pilin ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan Durian Daun - Pilin ditutup buat sementara waktu susulan kejadian tanah runtuh petang tadi. FOTO NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kejadian tanah runtuh dan tiang elektrik tumbang di Jalan Durian Daun-Pilin, di sini mengakibatkan laluan berkenaan bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihak berkenaan iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah berada di lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemantauan serta selanjutnya.

“Oleh itu, jalan ini ditutup buat sementara waktu buat semua jenis kenderaan bagi keselamatan pengguna jalan raya,” katanya hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Zaid Faisal Mohammad Yussof, 29, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang dan bertambah buruk pada waktu lewat petang apabila bahagian tebing tanah yang runtuh semakin melebar.

Menurutnya, lebih tiga batang tiang elektrik turut tumbang dalam kejadian tersebut.

“Laluan ini merupakan laluan dalam yang sering digunakan untuk ke Lubuk China, Melaka. Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut laluan lain di sebelah Kota dan Pedas,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI