fbpx

Shahril letak jawatan, mohon Zahid undur secara hormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

Menurut Shahril, UMNO kini perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai jumlah majoriti iaitu 112 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, sebelum pimpinan tertinggi membuat perbincangan, beliau berpendapat bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur terlebih dahulu.

“Saya sependapat dengan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau, saya berpandangan bahawa Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu mengambil tanggungjawab kekalahan ini dan berundur secara terhormat.

“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, atas semangat ‘tanggungjawab’ itu, beliau juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar. Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI