fbpx

Ragbi: Johor tidak pandang ringan cabaran PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD ragbi Johor sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan PDRM pada suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022.

PASUKAN ragbi Johor meletak azam tinggi menjelang Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 apabila menyasarkan untuk memburu gelaran ketiga mereka pada saingan edisi ke-38 itu selepas mara ke peringkat suku akhir.

Pasukan selatan tanah air itu berjaya melepasi cabaran pertama apabila mara ke peringkat suku akhir selepas bangkit daripada kekalahan ke atas Terengganu 17-30 sebelum melepaskan kemarahan membelasah Melaka 97-7.

Namun, Johor bernasib baik meraih kemenangan percuma selepas Kedah menarik diri pada saat akhir.

Bagaimanapun, skuad kendalian Abdul Hanis Mokhta percaya pertembungan mereka di pentas suku akhir tidak mudah selepas diundi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut meletakkan impian tinggi menjulang Piala Agong.

Pada musim ini, PDRM tampil dengan misi besar pada Piala ­Agong apabila memasang impian menamatkan kemarau kejua­raan selama 31 tahun selepas kali terakhir menjuarainya pada edisi 1991.

“Layak ke suku akhir adalah sasaran awal kita dan Johor berjaya melepasi cabaran tersebut di peringkat kumpulan. Jadi selepas ini tugas kita bukan mudah apabila akan berdepan PDRM.

“Seperti kita tahu, PDRM adalah pasukan cukup kuat terutama penampilan mereka pada Piala Agong. Mereka juga meletak misi untuk menamatkan kemarau 1991. Jika dengar cakap-cakap orang, mereka meletakkan PDRM pasukan pilihan. Saya yakin ia akan menjadi pertembungan sengit bila kita berdepan PDRM nanti.

“Apapun bagi saya, pemain Johor telah melakukan persiapan terbaik untuk berdepan PDRM pada suku akhir. Kami akan bagi sebaik mungkin. Ragbi adalah rabgi dan keputusan akan terjawab pada aksi nanti,” kata Abdul Hanis kepada Kosmo! Ahad semalam.

Johor yang berjaya melakar gelaran Piala Agong pada edisi 2017 dan 2013 membawa pasukan terbaik mereka termasuk memanggil empat pemain import.

Ketika ini, lapan pasukan mengesahkan tempah ke sukur akhir antaranya, Terengganu, Johor, ATM, Pahang, Putrajaya, Selangor, PDRM dan Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI