fbpx

PRU15: Tewas di Machang, Ahmad Jazlan terima keputusan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan

MACHANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menerima keputusan rakyat selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Jazlan berkata, sebagai orang politik, jatuh dan bangun adalah perkara biasa dan beliau reda dengan ketentuan Ilahi.

“Rakyat sudah membuat keputusan. Sebagai orang politik, jatuh bangun adalah perkara biasa.

“Saya pernah jatuh (kalah)dan pernah bangkit kembali (menang). Hari ini saya jatuh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya hari ini.

Menurut Ahmad Jazlan, beliau mengucapkan tahniah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atas kejayaan tersebut.

Katanya, beliau turut berharap Wan Ahmad Fayhsal dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Machang.

“Kepada semua penyokong dan pengundi, saya ucapkan jutaan terima kasih. Jasa anda semua, tidak termampu untuk saya membalasnya.

“Sesungguhnya, perjuangan tidak akan terhenti disini,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI