fbpx

PRU15: Terima kasih pengundi Sungai Buloh – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – “Terima kasih kepada pengundi Sungai Buloh”.

Demikian kata-kata calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas tewas di Parlimen Sungai Buloh kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ramanan Ramakrishnan.

“Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada Datuk Ramanan dan selamat berkhidmat.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Ia adalah satu anugerah terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat kepada anda sebagai Menteri Kesihatan ketika pandemik Covid-19 melanda,” katanya menerusi hantaran di Twitter sebentar tadi.

Terdahulu, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, BN, Perikatan Nasional, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan dua calon Bebas.

Ramanan berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,693 undi berbanding Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini penyandang kerusi parlimen itu adalah R. Sivarasa mewakili PH pada PRU14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI