fbpx

PRU15: [RASMI] Shahidan menang besar di Parlimen Arau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (kanan) diumumkan menang di kerusi Parlimen Arau dengan menewaskan dua lagi pencabarnya dari PH dan BN.

ARAU – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim meraih kemenangan besar dengan mengatasi dua pesaingnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Arau.

Shahidan memperoleh 31,458 undi diikuti pencabarnya yang merupakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozabil Abd Rahman mendapat 8,242 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie pula memperolehi sebanyak 7,089 undi.

Shahidan turut hadir bersama calon-calon DUN di bawah Parlimen Arau di pusat pengiraan undi itu sekitar pukuk 10.30 malam bagi mengikuti keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Parlimen Arau, PN turut mendominasi lima DUN lain iaitu Pauh, Tambun Tulang, Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI