PETALING JAYA – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Harun berputih mata apabila tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah dengan majoriti sebanyak 8,949 undi di kerusi Parlimen Sepang.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya berjaya meraih 47,315 undi berbanding pesaingnya daripada PH, 56,264 undi.
Ketua Wanita PN itu, gagal mengekalkan rekod kemenangannya sebagai ahli Parlimen sebagaimana di Parlimen Titiwangsa yang disandangnya dahulu. – KOSMO! ONLINE.