KANGAR – Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan besar di Perlis apabila menawan ketiga-tiga Parlimen serta 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PN memenangi semua kerusi Parlimen Kangar, Arau dan Padang Besar serta kesemua DUN kecuali Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Gan Ay Ling.
Barisan Nasional (BN) tumbang selepas gagal mempertahankan kesemua 10 DUN yang dimenanginya pada PRU14.
Pada PRU14, BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN di Bintong, Kayang, Tambun Tulang, Simpang Empat, Pauh, Mata Ayer, Chuping, Santan, Beseri dan Titi Tinggi,
Pakatan Harapan (PH) memenangi tiga kerusi DUN di Kuala Perlis, Indera Kayangan dan Sena manakala Pas meraih dua kerusi di DUN Sanglang dan Guar Sanji. – KOSMO! ONLINE