PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu atau Mat Sabu menang bergaya selepas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohamad meraih 123,306 undi dengan majoriti besar sebanyak 73,998 undi meninggalkan kesemua tujuh calon lain yang bertanding.
Pada PRU14, Mohamad yang bertanding di bawah logo PKR memenangi kerusi tersebut setelah memperoleh 90,697 undi dengan majoriti 71,142 undi menewaskan calon Pas, Mohamed Diah Baharun yang meraih 19,555 undi. – KOSMO! ONLINE