ALOR SETAR – Setelah empat penggal menyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar akhirnya kecundang jua di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah itu memperoleh 52,275 undi dengan majoriti 31,751 sekali gus menewaskan Mahfuz yang mendapat 20,524 undi.
Sementara calon Barisan Nasional (BN), Noran Zamani Jamaluddin memperoleh 14,523 undi dan calon Warisan, Noraini Md. Salleh pula hanya 622 undi sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan deposit.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani kira-kira pukul 12.50 tengah malam ini. – KOSMO! ONLINE