PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tewas lagi dalam merebut kerusi Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kerusi Parlimen Pasir Salak kini disandang oleh calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya setelah memperoleh undian sebanyak 24,897.
Terdahulu, ibu kepada Nik Omar dilaporkan tidak mendapat restu daripada ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kerana bertanding di atas tiket PH selain tiket Pas.
Dalam pertembungan itu, Jamaludin Yahya juga berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Khairul Azwan Harun dan Pejuang, Zairol Hizam Zakaria. – KOSMO! ONLINE