fbpx

PRU15: [RASMI] Azmin tersungkur, Amirudin rampas Parlimen Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya merampas kerusi bagi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam keputusan rasmi sebentar tadi, Amirudin meraih 72,267 undi manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN) meraih 59,538 undi.

Dengan keputusan hari ini, majoriti yang diraih Amirudin adalah sebanyak 12,729 sekali gus menamatkan tiga penggal Mohamed Azmin yang sebelum memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak sejak tahun 2008, 2013 dan 2018.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Megat Zulkarnain Omardin meraih 30,723 undi.

Secara keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Gombak P.098 adalah seramai 206,744. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI