fbpx

PRU15: [RASMI] Ahmad Said tewas di Parlimen Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Alias (dua dari kanan) diumumkan pemegang kerusi Parlimen Kemaman malam ini.

KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tewas dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman pada Pilihanraya Umum ke-15.

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tewas kepada Che Alias Hamid dengan majoriti 27,179 undi.

Che Alias yang juga merupakan penyandang kerusi parlimen itu memperoleh 65,714 undi manakala Ahmad mendapat 38,535 undi.

Dua lagi pencabarnya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani dari Pejuang memperoleh 506 undi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI