fbpx

PRU15: PN tawan Sabak Bernam, Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin.

SABAK BERNAM- Selangor Utara dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang turut memenangi kerusi Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Kedua-dua calon iaitu Kalam Salan dan Datuk Muslimin Yahaya yang juga penyandang Sungai Besar.

Muslimin menawan kerusi itu dengan kemenangan majoriti 2,721 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Jamal Md. Yunos(13,984), Saipolyazan M.Yusop dari Pakatan Harapan (17,070) dan Datuk Asmawar Samat mewakili GTA (225).

Bagi kerusi Sabak Bernam, Kalam pula memperoleh 17,973 undi menewaskan pencabarnya dari BN, Datuk Abd. Rahman Bakri (12,917), Shamsul Ma’arif Ismail dari PH (9,627) dan calon GTA, Datuk Seri Eizlan Yusof yang memperoleh 460 undi.

Beliau memperoleh majoriti 5,056 undi.

Terdahulu, Parlimen Tanjong Karang yang menjadi kubu kuat BN di Selangor turut tumbang di tangan PN dengan dimenangi Datuk Dr. Zulkafperi  Hanapi menerusi majoriti 2,180 undi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI