fbpx

PRU15: PN kuasai 73 kerusi, sedia kerjasama parti lain bentuk kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) bersama barisan kepimpinan PN hadir ke sidang akhbar PN di Glenmarie Golf & Country Resort, Shah Alam, lewat pagi ini.

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang bersehaluan dengan prinsip mereka.

Katanya, setakat pukul 3 pagi ini, PN berjaya memenangi 73 kerusi penuh termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kami telah bincangkan dalam mesyuarat khas PN sebentar tadi.

“Bersyukur atas kejayaan PN memenangi 73 kerusi penuh setakat ini, termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo pas.

“Masih terdapat enam kerusi lagi yang belum selesai dikira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya ketika berucap di sidang akhbar PN di Glenmarie Golf & Country Resort di sini.

Tambahnya lagi, sekiranya PN menang membentuk kerajaan baharu, pihaknya akan mengumumkan gabungan tersebut selewatnya pada petang esok.

“Esok petang kita akan tentukan dengan siapa kita akan kerjasama bentuk kerajaan persekutuan.

“Sokongan rakyat kepada PN terutamanya pengundi muda telah membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.

“PN akan kekal dengan tawaran #PN Best kepada rakyat seperti mana yang ditawarkan kepada rakyat sepanjang tempoh berkempen,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI