fbpx

PRU15: PN, BN dijangka tubuh kerajaan negeri Perak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah).

IPOH – Pembentukan kerajaan negeri Perak dijangka dapat dilaksanakan seawal esok menerusi kerjasama yang dijalin antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) negeri.

Menerusi sidang akhbar awal pagi tadi oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, beliau memaklumkan PN akan berbincang dengan BN mengenai pembentukan kerajaan negeri memandangkan partinya kekurangan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk berbuat demikian.

Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan PN mendapat 26 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi 24 kerusi DUN dan baki sembilan kerusi milik Barisan Nasional.

“Untuk tempoh ini, kita akan berusaha agar kerajaan negeri dapat dibentuk bagi menbolehkan ia ditadbir serta diuruskan.

“Insya-Allah, PN sedang berbincang dengan rakan-rakan kita di sebelah sana (BN) untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Pada masa sama, Razman menegaskan bahawa PN tidak berhasrat untuk berbincang dengan PH berkaitan penubuhan kerajaan negeri Perak.

Jelasnya, ia kerana PN berpegang kepada prinsip untuk menolak sebarang kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Dalam pada itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Perak, Mohd. Nazri Ismail menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Difahamkan, pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk menyembah maklum keputusan PRU15 kepada baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI