fbpx

PRU15: PN, BN akan bincang untuk tubuh kerajaan negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) bergambar dengan barisan calon PN yang memenangi kerusi DUN masing-masing di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perikatan Nasional (PN) Perak akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) Perak bagi tujuan pembentukan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, PN yang memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak berupaya menubuhkan kerajaan negeri kerana kekurangan empat DUN bagi tujuan tersebut.

Justeru, katanya, mereka akan mengadakan perbincangan dengan BN Perak bagi menjalin kerjasama untuk mewujudkan kerajaan negeri.

“Untuk tempoh ini, kita akan berusaha agar kerajaan negeri dapat dibentuk bagi mentadbir dan menguruskan kerajaan negeri.

“Insya-Allah, PN sedang membuat perbincangan dengan rakan-rakan kita di sebelah sana (BN) untuk kita membentuk kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Razman menegaskan PN tidak akan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri kerana berpegang kepada prinsip iaitu menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Kerusi DUN dimenangi PN Perak ialah Pengkalan Hulu, Selama, Kubu Gajah, Batu Kurau, Titi Serong, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Gunung Semanggol, Selinsing, Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong.

Turut dimenangi ialah Kamunting, Chenderoh, Lubuk Merbau, Manjoi, Bukit Chandan, Manong, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Pangkor, Changkat Jong, Slim, Bota dan Kenering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI