fbpx

PRU15: Pengarah SPR Perak mengadap Sultan Nazrin di Istana Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh hari ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd. Nazri Ismail tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.

Mohd. Nazri tiba di Istana Kinta pada pukul 10.23 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Difahamkan pertemuan itu bagi menyembah maklum kepada Sultan Nazrin berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi negeri Perak.

Terdahulu, turut dilihat memasuki pekarangan istana, kenderaan dinaiki Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak dengan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) pula 24 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).

Seramai 3,369,743 pemilih berdaftar di negeri ini mengambil bahagian pada hari pengundian semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI