fbpx

PRU15: Ketiadaan Noh faktor kemenangan saya – Zulkafperi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi (tiga kiri) membacakan doa selepas kemenangan beliau di Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen baharu Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi mengakui ketiadaan Tan Sri Noh Omar sebagai calon memberi kelebihan dan faktor kemenangan di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berkata, pertembungan dengan Pengerusi BN Selangor itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak memihak dirinya apabila tewas dengan majoriti 1,970 undi.

“Namun, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini tidak ditandingi Noh sekali gus satu kelebihan besar kepada saya.

“Berbekalkan semangat perjuangan dan dikenali rakyat setempat, kemenangan berpihak kepada saya untuk menabur bakti terbaik di parlimen ini,” katanya ketika ditemui di sekitar Tanjong Karang di sini, hari ini.

Zulkafperi Hanapi menawan kerusi itu dengan majoriti 2,180 undi menewaskan calon BN, Datuk Habibah Mohd. Yusof (15,874) dan Siti Rahayu Baharin dari Pakatan Harapan (PH) (12,314).

Turut tewas, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawawi atau Lando yang memperoleh 3,557 undi manakala calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol dengan  1,406 undi.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI