JOHOR BAHRU – Kubu kuat Barisan Nasional (BN) tumbang buat kali kedua berturut apabila parti keramat itu terpaksa akur dengan pilihan rakyat memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai wakil suara orang Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semalam.
PH menang bergaya dengan 14 kerusi Parlimen mengatasi BN yang hanya mampu menakluki sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PH) hanya mampu merebut dua kerusi.
Kerusi yang diraih PH ialah P.40 Parlimen Segamat, P.141 Sekijang, P.142 Labis, P.144 Ledang, P.145 Bakri, P.149 Sri Gading, P.150 Batu Pahat dan P.152 Kluang.
Selain itu, P.158 Tebrau, P.159 Pasir Gudang, P.160 Johor Bahru, P.163 Kulai, P.161 Pulai serta P.162 Iskandar Puteri.
Manakala BN pula mampu menawan hati rakyat di kawasan P.147 Parit Sulong, P.148 Ayer Hitam, P.151 Simpang Renggam, P.153 Sembrong, P.155 Tenggara, P.156 Kota Tinggi, P.157 Pengerang, P.164 Pontian dan P.165 Tanjung Piai.
Dua kerusi yang direbut PN ialah P.143 Pagoh dan P.154 Mersing.
Dengan kemenangan unggul diraih PH pada PRU-15 memberi isyarat jelas bahawa demokrasi berparlimen di negara ini masih utuh.
Pada PRU14, PKR menguasai bumi Jauhar dengan memenangi 18 kerusi dan BN hanya lapan kerusi.-KOSMO! ONLINE