fbpx

Piala Dunia: Qatar buru kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QATAR sedia memanfaatkan aksi di laman sendiri pada aksi pembukaan tengah malam ini menentang Ecuador dengan harapan mampu meraih tiga mata. – AFP

AL KHOR – Tuan rumah, Qatar enggan mensia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan pertama Piala Dunia 2022 menentang Ecuador yang dianggap paling relevan berbanding dua lagi pasukan Kumpulan A.

Ia berdasarkan kekuatan seimbang antara kedua-dua pa­sukan selain masing-masing tidak terlalu jauh dari segi kedudukan ran­king dengan Qatar di No. 50 dunia, manakala Ecuador No. 44 dunia.

Justeru, pengendali Qatar, Felix Sanchez menggesa para pemainnya agar mengutip tiga mata bermakna itu ke atas Ecuador menjelang aksi pembukaan di Stadium Al Bayt, Al Khor te­ngah malam ini.

“Saya tidak bercakap me­ngenai Qatar akan menang Piala Dunia, tetapi inilah cabaran terbesar bakal dihadapi setelah melalui pelbagai persiapan selama ini.

“Ia bukan sesuatu yang mudah menentang tiga pasukan dalam Kumpulan A, tetapi inilah bola sepak. Tiada siapa dapat meramal apa akan berlaku pada masa depan,” katanya.

Dua penyerang Qatar, Almoez Ali dan Akram Afif menjadi sandaran utama pasukan yang diberi julukan The Maroon itu untuk merobek gawang wakil benua Amerika Selatan itu nanti.

Malah, kedua-dua mereka pernah meledak gol ketika menewaskan Ecuador 4-3 dalam satu-satunya pertemuan antara kedua-dua pasukan pada aksi persahabatan empat tahun lalu.

Kemenangan pastinya bakal memberikan suntikan moral terbaik buat Qatar yang akan berdepan juara Afrika, Senegal dan gergasi Eropah, Belanda dalam dua aksi seterusnya.
–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI