SELURUH dunia mula tertumpu ke Qatar selepas menjadi negara Arab pertama dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, sekali gus muncul pasukan yang akan membuka tirai rasmi pertandingan terbesar bola sepak di atas muka bumi dengan menentang Ecuador di Stadium Al Bayt tengah malam ini.
Aksi itu akan menjadi perlawanan terbesar dalam sejarah skuad The Maroons yang dikendalikan oleh Felix Sanchez, manakala pasukan The Tricolors dari Amerika Selatan bimbingan Gustavo Alfaro kembali ke pentas Piala Dunia selepas lapan tahun.
Tentunya para pemain Qatar paling berbangga ketika ini bahkan mungkin sudah menetapkan gaya masing-masing untuk meraikan jaringan di pentas antarabangsa sambil penyokong tuan rumah menggamatkan suasana di segenap pelosok stadium.
Bagaimanapun, kehadiran Ecuador tidak boleh dipandang enteng memandangkan skuad The Tricolors memiliki benteng pertahanan kental sejak kebelakangan ini dan faktor tersebut mampu mendorong kemenangan pada hari pembukaan.