fbpx

Piala Dunia: Iniesta yakin percaturan Enrique

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRAN Torres (kiri) dan Pedri antara pemain muda yang mendapat kepercayaan Enrique untuk menggalas cabaran Sepanyol di Qatar kali ini. – AFP

MEXICO CITY – Bekas pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta meletakkan kepercayaan tinggi kepada skuad kendalian, Luis Enrique yang membawa pemain muda pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Juara 2010 itu telah memi­lih generasi baharu ke saingan kali ini selepas membuat keputusan mengejut mengetepikan pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara dan penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Iniesta yakin dengan pe­ngalaman luas Enrique di pentas antarabangsa mampu membantu Sepanyol meraih keputusan terbaik.

“Sudah pasti pemain yang terpilih itu mempu­nyai banyak tanggungjawab untuk dipikul.

“Saya yakin mereka mempunyai peluang untuk memberikan yang terbaik. Ini adalah satu cabaran dan mereka sedar boleh melakukannya dengan baik.

“Secara peribadi, saya suka pasukan ini dan saya suka pe­rancangan pasukan yang dirangka oleh jurulatih,” kata Iniesta.
Sepanyol akan berdepan Costa Rica pada aksi pembukaan pada hari Khamis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI