fbpx

Piala Dunia: Ecuador tidak sabar lakar kejutan besar di Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECUADOR enggan sekadar menjadi pasukan pelengkap jadual sebaliknya mengintai peluang ke suku akhir pada kempen kali ini. – AFP

AL KHOR – Ketua Jurulatih Ecua­dor, Gustavo Alfaro menuntut mentaliti terbaik daripada para pemainnya menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2022 menentang Qatar di Stadium Al Bayt, Al Khor tengah malam ini.

Aksi itu adalah peluang terbaik buat El Tri melakar kemenangan jika berhasrat mencapai impian mara buat kali pertama ke peringkat suku akhir pada pentas Piala Dunia.

Jika sebaliknya berlaku, harapan tersebut dilihat amat sukar untuk direalisasikan kerana bakal berdepan Belanda dan juara benua Afrika, Senegal dalam dua aksi terakhir Kumpulan A.

“Saya tanya kepada pemain apa yang mereka mahukan. Adakah mereka cuma sekadar menyertai Piala Dunia atau mahu mencipta sejarah baharu bola sepak Ecuador?

“Saya tidak mahu membuang masa dan akan tinggalkan pasukan jika mereka mahu meleng­kapkan jadual sahaja.

“Saya beritahu mereka perlu melakukan semua perkara dengan berbeza bermula aksi bertemu Qatar jika mahu mempunyai kempen Piala Dunia yang paling hebat buat Ecuador,” kata Alfaro.

Ecuador layak ke Piala Dunia sebagai pasukan keempat terbaik aksi kelayakan benua Amerika Selatan di belakang Brazil, Argentina dan Uruguay.

Pencapaian terbaik di pentas Piala Dunia pula adalah melangkah ke pusingan 16 terbaik sewaktu edisi 2002 di Korea Selatan/Jepun.

Ketua pasukan yang juga penyerang Fenerbahce, Enner Valencia dan dua bintang Brighton, Pervis Estupinan serta Moises Caicedo antara nama menjadi sandaran utama Ecuador. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI