fbpx

Pesohor TikTok dakwa diintip lelaki menggunakan AirPods

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CORY menceritakan mengenai kejadian tersebut di akaun TikToknya. - TikTok

WASHINGTON – Seorang pesohor TikTok di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik menakutkan apabila seorang lelaki yang dikenali dalam satu temu janji mengintipnya menggunakan peranti AirPods, lapor akhbar Daily Star semalam.

Cory mendakwa bahawa lelaki yang hanya ditemuinya beberapa kali itu telah meletakkan AirPods ke dalam begnya dan menjejaki lokasinya menggunakan sistem kedudukan global (GPS).

“Saya berasa pelik terhadap lelaki ini dari awal lagi,” demikian kapsyen video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @corrrryyy.

Cory berkata, dia telah bertemu dengan lelaki itu di sebuah gimnasium di Los Angeles. 

Selepas menemui AirPod di dalam begnya, Cory berasa pelik apabila lelaki itu tidak menghubunginya untuk mendapatkan barang miliknya kembali.

Cory kemudian menghubungi lelaki itu untuk bertanya mengenai AirPods tersebut, tetapi dia dituduh mencurinya. 

Cory kemudian meminta alamat supaya boleh memulangkannya, tetapi lelaki itu bertegas supaya dia terus memegangnya, sambil tidak menghiraukan soalan bagaimana ia boleh berada di dalam beg tersebut.

Cory bahkan curiga apabila lelaki itu tidak mempunyai akaun media sosial.

AirPods boleh dikesan oleh pemiliknya menggunakan aplikasi Find My. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI