fbpx

Pemandu lori KLIA maut dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditutupi kain putih dalam kejadian di Lebuh Raya Koridor Guthrie hari ini

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) maut terbabas melanggar pembahagi jalan selepas dipercayai dilanggar lari dalam kejadian di Kilometer 2.7 Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan kira-kira pukul 10.30 pagi berhubung kemalangan melibatkan mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha MT07.

Katanya, siasatan awal motosikal mangsa disyaki dilanggar oleh kenderaan tidak pasti dan terbabas melanggar pembahagi jalan di tengah-tengah jalan.

Ini berdasarkan kerosakan motosikal lebih tertumpu pada belakang jentera tersebut.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd. Zulkifli Razak di talian 019-4475767,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI