fbpx

Orang sibuk PRU15, Janna, Dini sibuk putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA dan Dini menimbulkan spekulasi tentang hubungan cinta mereka sudah berakhir.

“KEDUA-DUANYA hilang dari radar. Saya sendiri sebagai pengurus tidak dapat menghubungi mereka”.

Demikian kata pengurus kepada pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang dikenali sebagai Fie ketika dihubungi Pose untuk mendapatkan kepastian tentang status terkini kedua-dua selebriti itu.

Ujar Fie, apa yang diketahui, Janna kini berada di Eropah. Dini pula gagal dihubungi dan tidak diketahui tentang keberadaannya.

Diminta mengesahkan tentang status hubungan cinta pasangan itu, Fie mengambil pendekatan selamat.

Saya pun tak berani – pengurus

“Saya pun tidak berani untuk memberikan sebarang jawapan. Sebab perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

“Bahkan saya sendiri pun tidak mendapat kata putus, baik daripada Janna mahupun Dini,” katanya.

Namun yang jelas, Fie memberitahu, Janna mengambil keputusan serta-merta untuk bercuti di luar negara dan menenangkan fikiran.

“Buat masa sekarang Janna perlukan masa dan berehat daripada media sosial. Sekarang, dia tiada di Malaysia.

“Kita perlu beri mereka masa untuk selesaikan semua masalah,” jelasnya.

Begitulah kisah Janna dan Dini yang tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mencuri kepanasan negara dengan status mengejutkan.

Berakhir?

Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 27, menerusi satu hantaran Instagram memberi bayangan seolah-olah hubungan cintanya bersama Dini telah berakhir.

Hubungan asmara antara Janna dan jejaka berusia 28 tahun itu sememangnya bukan lagi perkara rahsia.

Pemain industri, media dan peminat semuanya tahu tentang kisah percintaan kedua-dua mereka.

Bahkan Dini sendiri ketika ditemu bual Pose untuk edisi Hari Raya Aidilfitri lalu telah berjanji dan bersumpah setia untuk menyayangi Janna sampai bila-bila.

JANNA dan Dini masing-masing ‘hilang’ dari radar sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya berhubung status hubungan cinta mereka.

Berulang kali Dini mengakui dia terlalu menyayangi dan menerima apa sahaja situasi kekasih hatinya yang kali pertama ditemui di lokasi penggambaran drama Bukan Cinta Aku pada 2018 itu.

Katanya, menerima apa sahaja bukan bermaksud menerima diri Janna semata-mata, tetapi turut ada dalam susah dan senang.

“Saya kena ada dengan dia (Janna) sampai bila-bila,” ucap Dini.

Semua mengetahui Janna mempunyai masalah kesihatan mental apabila mengesahkan dirinya menghidap bipolar.

Tanda tanya

Sungguhpun begitu, Dini dalam satu kenyataannya terdahulu berkata dia tiada sebab untuk meninggalkan Janna bersendirian mengharungi masalah bipolar, sebaliknya berjanji terus ikhlas menjaga kekasihnya dengan sepenuh hati.

Kini, baik Janna atau Dini, kedua-duanya masih meninggalkan tanda tanya kepada peminat tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Adakah Janna dan Dini benar-benar memutuskan hubungan cinta mereka yang mekar sejak dua tahun lalu?

Atau mungkinkah kisah ‘putus cinta’ mereka itu hanya sekadar gimik demi sebuah publisiti sama ada untuk produk atau lagu baharu seperti yang dijangkakan segelintir peminat mereka?

Semuanya itu belum pasti. Adat cinta selebriti, semuanya kalau boleh mahu berteka-teki sehinggalah hari pernikahan nanti.

Hasil tinjauan Pose turut mendapati Janna tidak lagi mengikuti Dini dalam Instagram, namun pelakon lelaki tersebut masih lagi menjadi pengikut akaun Janna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI