fbpx

Mat rempit kembali lepas gian di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN mat rempit menunggang secara berbahaya dan kembali beraksi di beberapa lokasi tumpuan di sekitar pusat bandar George Town awal pagi semalam.

GEORGE TOWN – Sekumpulan ‘mat motor’ atau kaki rempit mengambil kesempatan sempena cuti kelepasan am pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan melepaskan gian berlumba haram di beberapa lokasi tumpuan di sini awal pagi semalam.

Kehadiran mereka seawal pukul 1.30 pagi itu telah menjadikan lokasi di Pantai Seagate, Padang Kota Lama, Bayan Baru dan Jalan Udini dekat E-Gate sebagai port menguji kehandalan.

Aktiviti yang sekian lama terhenti susulan kemalangan meragut nyawa lima penunggang motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Julai lalu itu dilihat kembali rancak dengan pengli­batan lebih 100 penunggang termasuk pembonceng lelaki dan wanita.

Difahamkan, kehadiran sebahagian mereka didapati selepas selesai aktiviti berkonvoi membawa bendera parti sebelum hari mengundi berlangsung pada pukul 8 pagi semalam.

Seorang penunggang motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 27, berkata, hujung minggu di negeri ini kembali meriah dengan aktiviti berkonvoi sekumpulan besar golongan muda termasuk yang mengambil kesempatan berlumba haram.

“Sudah lama lokasi-lokasi tumpuan di negeri ini sepi tanpa kelibat geng motosikal. Pagi tadi (semalam) seperti pesta. Memang ada pasukan polis yang pantau di lokasi tetapi jumlah penunggang motosikal dilihat semakin bertambah sehingga lewat pagi.

“Mereka tinggalkan lokasi sebaik melihat kehadiran polis dan datang semula ke situ sebaik melihat keadaan jalan sudah clear (tenang),” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI