fbpx

Marketing Genius bermula 6 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tinggal enam hari lagi untuk sesi Marketing Genius, yang menjadi permulaan kepada perjalanan usahawan memahami aspek pemasaran dengan lebih jelas bakal dilaksanakan di Setia City Convention Centre (SCCC), di sini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, sesi selama dua hari itu merupakan sebahagian perjalanan program Millionaire Marketing Masterclass (MMM) anjuran RichWorks.

“MMM merupakan program selama tiga bulan mengandungi kelas bersemuka dan online yang mana pada akhirnya peserta akan mendapat sijil tamat bimbingan dari RichWorks.

“Bukan itu saja, mereka berpeluang ikuti sesi istimewa bersama mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman setiap minggu,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Tambahnya, program itu dianjurkan sebagai persediaan untuk usahawan meningkatkan jualan meskipun dalam tempoh yang dijangka lebih mencabar tahun depan.

“Usahawan akan lebih jelas dan faham mengenai 3M iaitu market, message dan medium yang menjadi asas penting dalam pemasaran.

“Mereka bakal didedahkan dengan panduan dan stategi pemasaran terkini dalam platform digital dan tradisional sepanjang tempoh tiga bulan nanti,” jelasnya.

Sehubungan itu, Radz mengajak bangsa usahawan yang berdepan dengan isu-isu terutama dalam aspek pemasaran untuk menyertai MMM.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web richworks.com/masterclass atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI